Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam industri peralatan pemotong laser, HSG mempunyai kemampuan yang tinggi mengenai proses teknologi pemotongan tiub dan kami menggaji pereka profesional yang berkemampuan untuk mencipta seluruh barisan pemprosesan.
Kami dapat menghasilkan sesebuah barisan pemprosesan khas untuk anda berdasarkan keperluan anda. Barisan pemprosesan tiub pintar bukan sahaja dapat merealisasikan proses termasuk kemasukan, lenturan, pengimpalan dan pembersihan secara automatik bahkan juga berfungsi seperti perancangan anjal, menjejak pengeluaran dan pemeriksaan kualiti produk.
Barisan pemprosesan tiub automatik TP65 berfungsi hebat termasuk operasi kemasukan, pemotongan, pembengkokan, pengimpalan dan pembersihan. Kelebihan barisan pemprosesan ini ialah keseluruhan proses itu memerlukan satu pengendali sahaja.
Berdasarkan keperluan pelanggan, kami boleh menyesuaikan barisan pemprosesan pemotong tiub kepada sebarang spesifikasi industri. Barisan pemprosesan tiub automatik TP65 boleh juga bersambung dengan proses pemotong tiub dengan senang.
Barisan pemprosesan tiub pintar TS65 digunakan terutamanya untuk penghasilan bingkai kerusi automotif. Barisan tersebut berfungsi termasuk kemasukan, pemotongan, pembengkokan, pengimpalan dan pembersihan. Kelebihan barisan pemprosesan ini adalah ciri automatiknya. Maksudnya, seluruh proses memerlukan hanya seorang pengendali sahaja kerana beberapa proses boleh dijalankan oleh robot KUKA.
Peralatan dan konfigurasi barisan pemprosesan tersebut boleh ditukarkan kepada yang lain untuk memenuhi permintaan para pelanggan. Barisan pemprosesan tiub pintar TS65 ini boleh berfungsi seperti perancangan fleksibel, menjejak pengeluaran dan memeriksa kualiti produk. Dengan ini, kecekapan mesin dan kelayakan hasil produk dapat dipertingkatkan serta mengurangkan kos pengeluaran dan kitaran pengeluaran.
Foshan Beyond Laser Technology Co., Ltd.
Alamat: No. 8, Zhujiang Avenue, Bijiang Industrial Zone, Beijiao Town, Shunde District, Foshan City, Guangdong Province
Contact:Kin Zhou
Mobile: +86-13902835332
Telefon: +86-757-66833906
Email: info@hsglaser.com