Kami menumpukan daya upaya untuk mencapai permintaan para pelanggan dan membekalkan mereka dengan mesin yang disesuaikan jika perlu. Jabatan penyelidikan dan pembangunan yang profesional telah ditubuhkan untuk menghasilkan peralatan laser baru untuk memenuhi keperluan khas pelanggan kami di mana pasaran zaman sekarang yang sering bertumbuh.
Contohnya, pemotong paip logam dan pemotong lapisan logam yang dilengkapi dengan lebar dan kuasa pemprosesan tertentu digunakan untuk memotong tiub keluli kepada pelbagai bentuk boleh disesuaikan sepenuhnya.
Sebelum anda membeli produk kami, informasi berkenaan akan dibekalkan termasuk sampel pemotong selain daripada penyelesaian teknikal dalam Inggeris dan video definisi tinggi. Untuk perkhidmatan servis yang lebih baik, kami mengekalkan komunikasi dengan pelanggan kami supaya dapat memahami keperluan mereka dengan teliti.
Pasukan perkhidmatan pelanggan terdiri daripada 140 orang dan sentiasa bersedia dengan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah anda.
Perkhidmatan pelanggan kami adalah cukup profesional untuk sampai di lokasi di berbagai-bagai negara dalam masa 7-10 hari dan membekalkan latihan percuma selama 5-7 hari. Latihan tersebut merangkumi pemasangan dan nyah pepijat, penyelenggaraan mesin dan proses pemeriksaan dan sebagainya.
Jikalau isu-isu mengenai kualiti mesin menimbul, kami akan menawarkan penyelenggaraan dan penggantian percuma dalam tempoh jaminan yang berjangka setahun.
Kami juga menawarkan perkhidmatan pemasangan kepada pelanggan yang hanya berminat dengan komponen mesin. Penghantaran akan dibuat dalam masa tiga hari selepas kami mendapat nombor siri daripada pelanggan kami.
Dengan TeamViewer, anda boleh menghubungi pekerja teknikal kami yang profesional setelah membekalkan kami dengan nombor siri peralatan yang ingin kami perbaiki. Kami akan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda dengan cepat dan efektif.
Kami juga membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan dengan menghantar juruteknik ke tempat anda jika masalah tidak dapat diselesaikan dalam talian. Erti katanya, pekerja teknikal profesional kami yang berada di kawasan berkenaan akan menawarkan perkhidmatan pintu ke pintu. Namun begitu, kami boleh menghantar pekerja kami ke kawasan yang tidak mempunyai ejen kami dalam tempoh masa sepuluh hari.
Kami membekalkan sokongan teknikal yang profesional dan memberikan latihan mendalam yang berlangsung selama seminggu dalam setiap musim tahun untuk ejen. Di samping itu, ahli pekerja profesional berupaya melatih ejen-ejen di kawasan masing-masing.
Dewan pameran produk ditubuhkan untuk mempamerkan mesin laser kami. Selain itu, ia membolehkan pendedahan produk kami kepada pelanggan dengan menyediakan sampel-sampel di dewan tersebut supaya pelanggan kami lebih memahami proses pemotongan laser itu.